Piagam Pelanggan

Kami warga Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:

1. Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.

2. Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat daripada tiga minggu setelah menerima senarai guru maktab dan universiti dari Jabatan Pelajaran Perak dan memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru secukupnya.

3. Memastikan semua permohonan pertukaran guru dalam dan luar daerah diproses dalam tempoh dua minggu hingga satu bulan dari tarikh borang diterima.

4. Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap dan tepat pada tarikh dan masa yang dikehendaki kepada pihak yang berkenaan.

5. Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dan adil sepanjang masa.

6. Sentiasa menjalin hubungan baik dengan agensi-agensi luar pendidikan ke arah mencapai wawasan negara.

7. Sentiasa peka dan resposif terhadap pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.