PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG
JALAN PAHANG
35000 TAPAH
PERAK


Info Semasa

MAKLUMAN:TARIKH KEMASUKAN DATA PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR, PMR DAN SPM 2013 DALAM SAPS.

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Batang Padang

Tuan,

TARIKH AKHIR PELAKSANAAN DAN TARIKH AKHIR KEY-IN MARKAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Tarikh Akhir Pelaksanaan dan Key-in Markah Peperiksaan Percubaan UPSR (Thn 6), PMR (Ting. 3) dan SPM (Ting. 5) 2013 adalah seperti berikut:

          Peperiksaan                  Tarikh Akhir                     Tarikh Akhir
              Percubaan                   Pelaksanaan                  Key-in Markah
                 UPSR                            25 Julai 2013                 9 Ogos 2013 
              PMR                        6 Ogos 2013                 30 Ogos 2013
              SPM                    12/13 Sept. 2013            4 Oktober 2013 

3.     Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon mengikut tarikh yang telah ditetapkan untuk pengisian markah Peperiksaan Percubaan 2013 dalam SAPS. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zainuddin bin Abdullah (Penolong PPD Peperiksaan Dalaman) ditalian 019-4268130.

Perhatian dan kerjasama tuan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima Kasih.                       


         






Kiriman : ZAINUDDIN ABDULLAH | Tarikh : 08-07-2013
*Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandangan. - 19/04/2014 23:33:15