PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2014

Kepada,
Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Batang Padang,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

PELAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2014

Sukacita saya merujuk surat Jabatant Pendidikan Perak J.Pel.Pk.(HEM)5128/10/8/Jld.3(18) bertarik 28 Oktober 2013 dan Surat Bahagian Kewangan KPM KP(BKEW/BT)1910/RMT/A5.Jld.18(66) bertarikh 24 Oktober 2013 berkaitan perkara tersebut di atas.

2.     Bersama-sama ini disertakan surat berkenaan yang jelas menyatakan maksudnya dan borang permohonan murid bagi RMT 2014 untuk tindakan pihak tuan.

3.     Sehubungan dengan itu dipohon kerjasama pihak tuan untuk mengambil tindakan seperti yang dinyatakan dalam surat berkenaan.

4.     Pihak tuan juga diminta menyediakan senarai nama penerima mengikut format yang digunakan sekarang dan di hantar selewat-lewatnya pada 10 Januari 2014  di alamat e mail hanif2573@gmail.com

5.    Kerjasama dan perhatian pihak tuan sangatlah dihargai.

Sekian terima kasih.


Kiriman : BAHERUDIN | Tarikh : 30-10-2013
Muat Turun: RMT 2014 PPDBP.rar saiz: 386.895 kb  
Cetak

Kembali