MAKLUMAN: PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BAGI SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAN SPPBS

Kepada

Semua Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Batang Padang

 

Tuan,

Merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan Lembaga Peperiksaan telah membuka semula Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk kemasukan prestasi bagi pelajar sekolah menengah dan rendah. Oleh yang demikian, pihak kami amat berharap agar tuan dapat memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut.

a.       Pendaftaran murid untuk setiap mata pelajar dapat dilakukan dengan SEGERA kerana masih lagi terdapat beberapa mata pelajaran yang tidak mempunyai pelajar yang didaftar.

b.      Memastikan semua pelajar yang telah ditaksir dimasukkan prestasi dalam sistem bagi mengelakkan jumlah ‘pelajar tiada prestasi’ terpapar pada sistem. Murid tiada prestasi ini menunjukkan bahawa murid tersebut tidak melepasi walaupun satu evidens ataupun guru langsung tidak memasukkan prestasi.

c.       Prestasi pelajar hendaklah dimasukkan ke dalam sistem dengan kadar segera selepas pentaksiran dilakukan. Ini adalah untuk melihat perkembangan pelajar itu sendiri selepas pengajaran dan pentaksiran dilakukan.

d.      Jika terdapat masalah kemasukkan prestasi dalam SPPBS, guru yang terlibat mesti memastikan rekod transit yang berada pada guru dikemaskini. Rekod transit atau Rekod perkembangan murid adalah perkara yang mesti disediakan oleh guru.

e.      Bagi menjamin perjalanan PBS ini berjalan lancar, penjaminan kualiti yang dikendalikan oleh pihak pentadbir amat penting. Oleh yang demikian, mohon pihak tuan untuk menghantar satu contoh laporan bagi setiap perkara-perkara berikut.

                                                                           i.      Laporan Pementoran

                                                                         ii.      Laporan Pemantuan

                                                                        iii.      Laporan Penyelarasan Skor

                                                                       iv.      Laporan Pengesanan 

Contoh laporan yang telah dilaksanakan hendaklah dihantar kepada En. Rozaini bin Abu Bakar, Pen. PPD PBS di Unit Penilaian dan Peperiksaan, PPD Batang Padang sebelum atau pada 31 Ogos 2013.

Bersama ini dilampirkan status kemasukan prestasi bagi sekolah rendah dan menengah sehingga 14 Julai 2013. Laporan hanya dapat dipaparkan sehingga tarikh tersebut disebabkan terdapat sedikit masalah pada bahagian laporan. Namun begitu pihak pengetua dan guru besar dapat membuat pemantauan menyeluruh melalui kata laluan yang telah dijana.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi En. Rozaini bin Abu Bakar di talian 019-4358832 atau 05-4011363. Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sekian terima kasih.






Kiriman : ROZAINI | Tarikh : 01-08-2013
Muat Turun: SEMAKAN DAFTAR DAN KEMASKINI PRESTASI.zip saiz: 366.236 kb  
Cetak

Kembali