MAKLUMAN : TAKLIMAT eDAFTAR MENENGAH UNTUK SEMUA PENOLONG KANAN HEM SEKOLAH RENDAH.

Semua Guru Besar
Sekolah Rendah
Daerah Batang Padang

Tuan,

TAKLIMAT eDAFTAR MENENGAH UNTUK SEMUA PENOLONG KANAN HEM SEKOLAH RENDAH 
          
Perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Taklimat tersebut akan dilaksanakan seperti ketentuan berikut:
         
          Tarikh    :  5 Julai 2013 (Jumaat)
          Masa     :  8.30 pagi
          Tempat  :  Bilik seminar, PPD Batang Padang

3.     Sehubungan dengan itu, tuan dimohon untuk membenarkan Penolong Kanan HEM sekolah tuan untuk hadir ke taklimat tersebut.  Bagi melancarkan taklimat, semua Penolong Kanan HEM diminta untuk membawa bersama manual pengguna Guru Besar dan manual penguna Guru Kelas yang boleh dimuat turun melalui aplikasi APDM.

4.     Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.  

Sekian.


Kiriman : Shima | Tarikh : 02-07-2013
Cetak

Kembali