TINDAKAN SEGERA :TAKLIMAT PENYELARASAN AKTIVITI PENINGKATAN PRESTASI SUBJEK MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 DAERAH BATANG PADANG 2015

Pengetua,
Sekolah Menengah Daerah Batang Padang.

Tuan,

TAKLIMAT PENYELARASAN AKTIVITI PENINGKATAN PRESTASI SUBJEK MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN  TINGKATAN 5  DAERAH BATANG PADANG 2015

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan taklimat tersebut akan diadakan seperti berikut:

        Tarikh     : 24  OGOS  2015 (ISNIN)
        Masa       : 2.30 hingga 5.00 ptg
      Tempat : Bilik Seminar, PPD Batang Padang

3. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama tuan untuk membenarkan Ketua Panitia Matematik Tambahan, Ketua Panitia Matematik dan disertai juga seorang Penyelaras bagi Pengerusi Daerah Matematik  Tambahan (SMK Methodist Tanjung Malim) dan Matematik (SMK Trolak Selatan) bagi Tingkatan 5 untuk hadir ke taklimat tersebut. 

4. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Hj Mohammad Shahid Bin Mohd Som, (Penolong PPD Kurikulum Sains dan Matematik) di talian 05-4010605 atau 019-5686009

Segala kerjasama dan pertimbangan tuan sangat  dihargai dan disanjung tinggi. 

Sekian, terima kasih.



Kiriman : SHAHID | Tarikh : 24-08-2015
Cetak

Kembali